Thursday, October 14, 2010

Anugerah Inovasi iktiraf saintis dan pereka cipta

SATU daripada penanda aras kepada kemajuan sesebuah negara ialah sejauhmana is mampu melahirkan
ramai cerdik pandai yang menghasilkan produk untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Mereka tergolong dalam kategori
saintis, penyelidik, jurutera yang memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi kerana idea dan
daya kreativiti membantu dalam menghasilkan barangan untuk dipasarkan. Dasar terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ialah melahirkan 60 saintis daripada 10,000 tenaga kerja yang masih belum dicapai sehingga kini.Dasar Sains dan Teknologi Negara (DSNT) itu penting bagi menggerakkan bidang sains yang yang saintis akan menjadi pemain utama. Berapa ramai pun jumlahnya, peranan mereka wajar dihargai dan diberi pengiktirafan kerana sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk idea, menghasilkan prototaip atau mengharumkan nama negara dalam bidang reka cipta dan penyelidikan. Pada awal 1990-an di bawah Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN), kementerian telah mewujudkan dua anugerah iaitu Anugerah Sains Negara dan juga Anugerah Saintis Muda, khusus untuk mengiktiraf saintis ketika itu. Namun, skop pemilihan terlalu sempit kerana is lebih tertumpu kepada profesional sahaja termasuk saintis, pembantu makmal dan mungkin jurutera. Oleh itu, satu anjakan telah dibuat dalam konteks memberi pengiktirafan kepada saintis dan pereka cipta iaitu mewujudkan anugerah yang lebih luas skop pemilihannya menerusi Anugerah Inovasi Negara. Anugerah ini diwujudkan sempena mesyuarat dan penubuhan Majlis Inovasi Negara (NIC) pada 2006 yang mana lebih banyak kategori diwujudkan Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian (Inovasi), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Misrun Timin, anugerah ini lebih berprestij untuk memberi pengiktirafan kepada kreativiti dan daya saing reka cipta. Ini menunjukkan kerajaan katanya, mengiktiraf sumbangan idea, reka cipta dan inovasi dalam konteks pembangunan negara. "Kita tidak boleh lagi bergantung kepada komoditi dalam pembangunan ekonomi, sebaliknya, penghasilan lebih banyak produk inovatif membantu dalam bidang sosio ekonomi," katanya. Katanya, jika anugerah sebelum ini lebih kepada bidang profesional semata- mata, tetapi Anugerah Inovasi Negara (AIN) melihat kepada konsep inovasi yang boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu, anugerah berkenaan terdapat dalam beberapa kategori bagi memberi peluang kepada pereka cipta menghantar permohonan untuk dinilai oleh panel juri. Pada masa sama, kementerian membantu mana-mana produk yang diiktiraf untuk memohon paten

Objektif Anugerah Inovasi Negara

 -Menggalakkan budaya reka cipta
 -Memupuk kesedaran awam mengenaikepentingan inovasi
 -11 Pengiktirafan kepada penyumbang yang mereka cipta produk untuk pengkomersialan yang boleh dimanfaatkan untuk sosio ekonomi.

Anugerah Sains dan Teknologi
(sebelum ini)
i Anugerah Juruteknologi Negara
1991-1999
Anugerah Pereka Cipta Negara
1992-1999
• Anugerah Sains Negara
1985 - 1999
• Anugerah Saintis Muda Negara
1989-1999

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia

Sejarah
Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.
Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.
"Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan modal insan untuk nilai tambah sektor pertanian dan industri serta membangunkan ekonomi baru, terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT serta bioteknologi."

Visi
"Sains, Teknologi dan Inovasi bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat."

Objektif Penubuhan
  • Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T
  • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T
  • Memelihara dan memantau alam sekitar
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan

Dasar-Dasar Menerusi Kementrian Sains
Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.
DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.
Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar.